Kerja 'main-main mekap' jadi serius
Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar SHAIFUDIN MOHD NOR
Gambar SHAIFUDIN MOHD NOR
SAYA seronok dengan kerjaya saya sekarang. Ia seperti kanak-kanak
yang bermain mekap dengan kawan-kawan jujur," kata Maselma Masdon, gadis
manis yang ditemui di ibu pejabat Mary Kay, Petaling Jaya, Selangor
baru-baru ini. Pun begitu, apabila mendengar pendapatan yang diperoleh daripada
'kerja main-main mekap' itu, penulis kagum dengan kejayaan yang
diperoleh oleh Maselma. Pada usia semuda 27 tahun dan masih solo, dia sudah memperoleh
pendapatan mencecah lima angka sedangkan ramai lagi yang sehingga pencen
pun tidak mampu untuk mendapat gaji sebanyak yang diperoleh olehnya.Memegang jawatan sebagai pengarah jualan Mary Kay, sebuah syarikat
kosmetik beribu pejabat di Dallas, Amerika Syarikat sejak tiga tahun
lalu, Maselma berjaya memperoleh jualan sebanyak AS$800,000 (RM2.8 juta)
pada tahun lalu. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang besar bagi seseorang yang baru
menyertai syarikat tersebut apatah lagi pada usianya yang masih muda. Kejayaan Maselma ini memberi dorongan dan semangat kepada adiknya
Maselda yang turut menyertai Mary Kay dan memperoleh jualan sebanyak
AS$700,000 (RM2.4 juta) tahun lepas. Kejayaan dua beradik ini menjadikan mereka diiktiraf sebagai pengarah
jualan Mary Kay yang termuda di Malaysia. Ini melayakkan setiap seorang
daripada mereka untuk memiliki sebuah kereta Toyota Altis Eksekutif
merah jambu bernilai RM112,000 dan merupakan yang termuda di Asia
Pasifik yang menerimanya.Menurut Maselma, hanya terdapat 30 buah sahaja kereta sedemikian di
Malaysia dan mereka merupakan adik beradik pertama dalam Mary Kay yang
dianugerahkan kereta tersebut. Lima tahun menyertai Mary Kay, setiap tahun itu juga dia mendapat
pengiktirafan dan menerima pelbagai insentif seperti cincin berlian,
percutian percuma ke Bangkok, China, Amerika Syarikat dan Australia. Dengan pendapatan yang diperoleh juga Maselma berpeluang menunaikan
fardu haji dan membawa ibu bapa dan adik beradiknya bercuti setiap tahun
ke luar negara. Berkongsi kejayaannya, Maselma yang berkelulusan Sarjana Akaun dari
Universiti Teknologi Mara (UiTM), pernah bekerja sebagai eksekutif akaun
di sebuah syarikat audit sebaik menamatkan pengajian. Bagaimanapun rutin tugas yang sama pada setiap hari, berhadapan
dengan angka dan tidak berpeluang bergaul dengan orang lain membuatkan
jiwanya resah dan ingin keluar daripada dunia yang mengongkong dirinya. ''Saya inginkan perubahan dan tidak mahu kehidupan muda saya berlalu
dengan perasaan tertekan sedangkan gaji yang diperolehi tidak sebanyak
mana. ''Falsafah Mary Kay yang mahu memperkaya kehidupan wanita dan
mengutamakan Tuhan, keluarga dan karier amat menarik hati saya untuk
menyertainya. Kini saya bersyukur kerana selain saya sendiri suka dengan
kerjaya ini, saya juga dapat membantu keluarga serta wanita lain di
Malaysia,'' ujar anak kedua daripada enam beradik ini. Menurut Maselma, tugas-tugas yang diserahkan kepadanya dapat
dilakukan dengan baik seperti mengadakan kelas kecantikan dan mengajar
wanita yang berminat untuk menjadi cantik, menjaga kecantikan kulit
wajah serta cara mekap dan bergaya yang betul. Maselma juga diberi kepercayaan untuk menjaga jualan di Malaysia dan
Singapura dan di antara 10 orang pengarah jualan yang layak membuka
pasaran di Singapura. Mengulas perubahan pada dirinya sendiri sebelum dan selepas menyertai
syarikat tersebut, kata Maselma; ''Jika dahulu semasa bekerja dengan
syarikat audit saya tidak pandai langsung mengenakan mekap pada wajah
mahupun menjaga kebersihan kulit muka namun sekarang setiap hari saya
menggunakan lebih 10 langkah penjagaan bagi mendapatkan kulit yang
bersih, berseri dan halus.''
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_04.htm
|
|
No comments:
Post a Comment